
Erm…apa lagi yang harus ku lakukan bagi membuang dirimu dari sejarah hidupku ini…
Terlalu sukar rasanya diri ini menanggung sakitnya sendirian..
Hingga tidak mampu rasanya…
Andai terciptanya alat untuk mengukur rasa ku ini…
Mahu saja alat itu meletup sebelum mendapat keputusannya…
Kerna terlalu berat,banyak dan terlalu sukar untuk diukur…
Namun,daku tahu dirimu tetap seperti itu
Tidak mahu mengendahkan hal sekelilingmu
Walaupun terjadi satu musibah yang menimpa diriku ini..
Kerna bagimu,ianya hanya lakonan semata-mata
Dan….
Disini,ingin daku mengajukan 1 soalan padamu…
Tidakkah terlintas dalam minda mu itu….
Berfikir tentang diriku ini???
Walaupun hanya sedetik….
Jika benar hatimu bukan milik ku lagi…
Ungkapkanlah..kerna ia lebih mudah
Dan meringankan beban yang ad pada diriku ini…
Bukan ku terlalu meminta dirimu menyayangi ku…
Tapi tinggalkan lah hati ku itu…
Kerna ia mungkin berhak dimiliki oleh insan lain yang bernama LELAKI
Jangan lah engkau berdendam dengan ku yang serba kekurangan ini…
Kerna daku amat menyayangimu
Walaupun daku tahu dirimu adalah sebaliknya
Dan janganlah kamu mengajarku erti sebuah dendam
Kerna…..
Jika ia nya berlaku dalam hidupku ini…
Ianya amat sukar untuk dibuang…
Maka biarlah daku yang menderita atas kisah ini…
Dan biarlah luka ini sembuh dengan sendirinya
Dan tidak usah lah engkau risau…
Kerna daku tidak akan lagi menganggu hidupmu
Dan daku sering mendoakan agar kamu sentiasa bahagia…
Kerna bagiku…
MELIHAT KAMU GEMBIRA DAN BAHAGIA…
IA JUGA AKAN MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA DAN BAHAGIA…
*biarkan ia pergi…jangan disesalkan…*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan