Tika daku berusia 16tahun,rakan-rakanku sibuk membincangkan isu BOYFRIEND...itulah isu yang amat ku hindari tika duduk berkumpul dengan mereka kerna daku rasa ianya amat membosankan.Pernah jua daku diajukan dengan persoalan mengapa daku masih single...begitu la selalunya,bertubi-tubi soalan akan diajukan pada diriku
‘kenapalah ko ni xda BF ag???’
‘ko nk kita orang carikan ke???’
‘setahu kita orang,bukannya ko ni tak cantek...ke ko yang memilih????’
Erm...soalan-soalan tu terlalu membosankan..kenapa aku cakap macam tu???
Kerna ketika itu,daku sendiri tiada jawapan yang sesuai diberikan pada mereka.
Setelah usiaku menjangkau 17tahun,daku mula menjinakkan diri dalam alam percintaan.Pada tika itu,daku sendiri tidak mengerti mengapa daku perlu melalui alam tersebut.Pabila daku menjalani alam itu,aku tak mengerti apa sebenarnya hala tuju yang mereka sering perbincangkan tiap-tiap hari.Ianya bukanlah terlalu indah seperti yang mereka agung-agungkan itu.Bagiku,ia terlalu rumit...kerna kita terpaksa membahagikan masa kita,menjaga hati dan perasaan dia sehingga kadang-kadang kita lupa menjaga perasaan kita sendiri.
Hubunganku dengan dia tidak berjalan dengan sempurna..mungkin ini semua berlalu kerna daku sendiri tidak ikhlas dalam menjalaninya.Namun daku sendiri tidak mengerti mengapa rakan-rakanku sering ungkapkan bahawa ‘kita ni kalau tak Bf mesti sunyi kan???’
Erm...betol ke???tapi mungkin ada benarnya yang mereka katakana.Tapi kalu benar pon,takkan la kita asyik nak bergantung hidup dengan lelaki.Walaupun memang itulah kenyataannya bahwa ‘wanita memerlukan seseorang lelaki dalam kehidupannya’.
Walaupun kita memmerlukan lelaki dalam kehidupan kita,tapi jangan lah sampai kita tak boleh menjalani kehidupan ini kalau kita tidak mempunyai pasangan...Kerna,keluaraga akan sentiasa bersama kita dan sentiasa menyyangi kita lebih dari pasangan kita sendiri.Ingatlah pasangan mu itu tidak akan selamanya bersama denganmu kerana suatu saat nanti,dia jua akan meninggalkanmu...percayalah...
Tika usia ku menjangkau 18tahun,daku mula merasai satu penyesalan dalam hidupku.kenapa daku ungkapkan seperti itu???Daku telah alpa dalam kehidupanku pada usia 17tahun...terlalu sedih daku menjalani hidup tika usiaku di awal 18tahun..kesedihan yang terlampau sukar untuk dibendung... Tapi daku akui bahawa semua ini berlaku kerna kealpaan ku dalam mengejar dunia enjoy.
Daku mula menjalani kehidupan yang jauh dari rakan-rakanku...Daku menyambung pelajaranku bersama insan yang tak pernah daku kenal.DAku mulakan langkahku dengan 1000 rasa,tapi daku harus kuat demi melangsaikan satu cita-cita semua ahli keluargaku...Keluargaku yang sering ingin melihatku berjaya dalam setiap apa jua bidang yang daku jalani..
Sepanjang daku menjalani kehidupan di dunia kampus,daku tidak menghiraukan segala apa yang berlaku disekelilingku.Tika itu,daku terlalu daif...Didalam kuliah,daku akan duduk dihadapan sekali... Memberikan 100% pada setiap patah perkataan yang terkeluar dari mulut lecture...Walaupun tika itu daku sebenarnya tidak paham satu patah pun apa yang aku dengar..Tapi,aku paksa jua diri ku untuk menerima semua ilmu itu..Kerna telah ku tanamkan dalam hatiku ini...
‘tolonglah....janganlah main-main lagi...anggaplah ini jalan terakhir bagimu berjaya. Jangan hiraukan apa yang mereka foya-foyakan.Ingatlah segala janjimu pada keluarga..Selangkah kamu melangkah dalam kampus ini,kamu akan jalaninya dengan sepenuh dayamu untuk berjaya.Dan nanti pabila kakimu melangkah keluar dari kampus ini...bawalah sekali kejayaanmu...dan bukan kegagalanmu.... INGAT JANJIMu...’
Alhamdulillah,akhirnya daku tamatkan jua pengajianku di pertengahan tahun 2009.Setelah berhempas pulas menjalani segala cabarannya...Dan akhirnya,daku pulang dengan kejayaan yang boleh member kepuasan pada seluruh ahli keluargaku..Daku bersyukur padaMU YA ALLAH... Terima kasih kerna masih memberiku peluang untuk berjaya dan memberikan daku peluang untuk menetap di atas muka bumiMU ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan