sesungguhnya pelbagai benda yang boleh diperkatakan untuk tika ini..
dan ada jua yang sibuk mengambil tahu hal orang lain
menyata orang lain, dan kekadang menyebarkan fitnah tentang orang lain
semua itu sememangnya menjada rempah ratus dalam kehidupan.
namun sedarkah kita bahawa hampir setiap detik diri kita ini sebenarnya dibohongi oleh orang disekeliling kita
dan mungkin juga kita sedang dibohongi oleh insan yang paling kita sayang atau insan yang paling rapat dengan kita.
sesungguhnya ianya semua berlaku diluar bidang kuasa kita
dan dengan hati yang tak begitu tenag
dan ilmu yang tak begitu martabatnya
ingin GS berkongsi sedikit helah-helah yang sering dilakukan oleh insan sekeliling kita pabila ingin menipu...berbohong mahupun kelentong...
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
maka, sebagai insan yang didusta...dibohongi...ditipu
sedarlah dari lena mu
kerna selagi kamu tidak sedar tentang helah
selagi itu dia akan terus melakukan helahnya..
*tidakakanbahagiaseseorangitu,jikakebahagiaannyadiataspenderitaanoranglain*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan