Tamat sudah bulan Syawal dan dengan itu tamat juga jamuan open house.Tahun ini GS dan family beraya di dalam mood yang sangat sederhana. Mum happy coz rumah yang sebelum ni sunyi juz ada mum and abang, tapi bila di pagi raya...riuh rendah rumah mum dengan suara kak long, abang ngah, abang ude, abang andak, kak lang, dan seluruh seisi keluarga. Almaklumlah mereka semua dapat turn raya rumah mum tahun ni, but tahun depan juz tinggal GS, abg amy and kak dira je la...Huh...sangat sepi...dan sangat tak berape berseronok untuk pow abg and sis nak dapat kn wit raya.hahahhaha...
Rutin yang kami lakukan semenjak tahun 2005 lagi, setiap pagi raya selepas sembahyang raya dan mohon kemaafan dr mum...kami tetap tak lupa pada arwah abah yang telah pergi..Kami juga akan menziarah kubur arwah abah dan membuat sedikit doa tahlil.Walaupun abah dah pergi meninggalkan kami selama 8 Syawal, kami tetap tak jemu untuk menziarah kubur arwah abah. Kami tetap merindui abah, kerna kalau dulu...pasti akan dengan abah takbir di masjid pada setiap malam raya dan pagi raya...sayu hati bila mengenangkan suasana itu.Namun, GS sentiasa doakan arwah abah tenang di sana.kami sentiasa merindui abah....
Tahun ini family kami ditambah dengan kehadiran sister in law and nephew..dan makin besar lah keluarga kami...
Memandangkan family makin besar..dan ahli pun semakin bertambah..maka dengan ini makin bertambah lah pula anak-anak saudara..dan semakin bertambah pula bajet duit raya...Adoyai..nasib baik la, raya hanya setahun sekali...kalau tidak...mahu botak juga kepala GS ni...hahhahahahh...walau apa pun GS tetap sediakan untuk buah hati GS ni...selagi tak kawen,pasti akan dpt...dont worry...hahahhah..
Lepas je abis beraya rumah pak cik, kami lancarkan lak aktiviti menyerang dapur dengan melantak apa yang mum masak...dari rendang, lontong, lodeh, ayam nmasak kicap,sup...perh...semua kami baham..Dan bila dah sampai waktu zohor, semua akan beraksi sepeti buaya yang terdampar di tepi sungai yang kekenyangan,...hahahhahahahhaa
Itu baru je raya pertama, belum masuk raya kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.Puasa bukan main sebulan, dengan angan-angan kuruskan badan dalam bulan puasa tapi bila masuk syawal je...punah semua diet, nampak je makanan je..dah macam tak makan 100 tahun...semua di baham yer..macam mana la berat tu nak turun...hahahahahha...
Ditambah pula dengan kuih-kuih raya yang senantiasa memanggil, pasti tak boleh diet la kalau stay kat kampung, so otak pon membuat plan baru bahwa sampai je KL...GS kena start diet.....hahahahhah...(kalo dipikirkan, apa ntah yang nk di diet kn...badan kering jugak...ahhahahah).
Penat seminggu berperang di kampung, GS kembali semula ke KL untuk berperang pula kat office dengan kerja yang pending.Even mood raya masih ada lagi, kita carry forward mood tu di raya haji akan datang....Fuuuyooooo...
So, dikesempatan ini, GS menyusun 10jari tangan dan 10 jari kata seandainya pernah melukai hati sesape or terguris dalam setiap tutur kata, terambil or termakan or terminum..mohon dihalalkan..Dan sesama la kita membuka lembaran baru....
For gambar raya,nanti GS upload if GS dah siap collect dr semua kamera k...jumpe lagi di post yang akan datang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan