Sabtu, 2 Februari 2013

Sawan meronta: Mungkin..


mungkin
senyuman akan berpanjangan hingga esok hari
mungkin
panas akan berpanjangan hingga esok hari
mungkin
riang tawamu akan segar kedengaran hingga esok hari
Mungkin
Kasih sayang antara kita akan tetap utuh hingga esok
Mungkin
kebahagiaan yang kita miliki akan tetap sama hingga esok hari
Mungkin
Kepercayaan yang kita ada akan tetap sama hingga esok hari

Tapi pasangan kekasih
Pernahkah kamu terfikir bahawa tiada datang esok hari untuk kamu?
Tapi pasangan kekasih
Pernahkah kamu jangka kan bahawa tiada kasih antara kamu untuk esok hari?

Pasangan kekasih
Tiada apa yang kamu tahu yang akan berlaku esok hari
Pasangan kekasih
Kamu hanya mampu merancang tapi kamu tetap tak mampu bagi jaminan yang akan berlaku esok hari
Pasangan kekasih
Tidak perlulah kamu terlalu mengharap berita gembira yang akan kamu perolehi esok hari
Pasangan kekasih
Seharusnya kamu lebih hargai apa yang kamu ada hari ini
Pasangan kekasih
Hargailah yang kamu ada seperti kamu tiada peluang untuk esok hari

Dunia
Janganlah kita terlalu mengejarnya
Dunia
Tidak akan pernah habis jika kita selalu mengejarnya
Dunia
Penuh dengan cabaran dan dugaan
Dunia
Hanya penuh dengan kelalaian

Janganlah kita mengejar dunia
Tanpa memikirkan akhirat
Jodoh memang sudah tertulis
Tapi tidak perlulah kita terlalu mengharapkan jodoh kita itu sampai saat ini
Kerna setiap insan memang sudah ditentukan jodohnya
Harus berusaha dan bertawakal
Namun jangan terlalu cepat berputus asa
Semuanya pasti tiba
Cuma kita tak tahu masa dan bagaimana akan terjadi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan